Saturday 12 November 2011

PAPAR...DULU , KINI & AKAN DATANG.......???

Papar bermaksud tanah rata. Papar merupakan sebuah bandar dan terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan.

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan.
Sehingga Mac 2011, terdapat 33,788 orang pengundi yang berdaftar di daerah Papar. Masyarakatnya pula terdiri daripada Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan lain-lain.

Antara isu-isu tempatan yang di kenal pasti di kawasan ini ialah :

i. Pekan Papar- banyak anjing liar berkeliaran-Permasalahan ini sudah
berlaku sejak dahulu lagi dan masih lagi berlaku sehingga kini.
Permasalahan anjing liar yang semakin banyak berkeliaran di
Pekan Papar telah lama timbul. Isu ini juga pernah di timbulkan
menerusi laman sesawang Facebook namun di pandang sepi. Namun tidak
mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berkenaan terutama
Majlis Daerah Papar (MDP). Papar yang dahulunya bersih daripada
binatang liar kini sudah mula menampakkan perubahan negatif dengan
kehadiran begitu banyak anjing liar terutama di kawasan rumah kedai
baru berdekatan Padang Pekan Papar.Malah ia tidak mengira masa,
pagi, petang, siangdan malam. Perkara ini menimbulkan persoalan di
kalangan warga Papar iaitu "Mengapa masalah ini tidak di ambil
perhatian sedangkan ia jelas mencemar kebersihan dan boleh mengancam
keselamatan orang awam"
. Memang di akui permasalahan ini sering
berlaku di kawasan ini.Permasalahan ini bertambah rumit apabila Kelab
Pencinta Anjing Papar telah memutuskan bahawa anjing-anjing liar ini
tidak boleh dibunuh sesuka hati. Oleh itu, sekiranya wujud kerjasama
dari semua agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan masih banyak
lagi cara lain yang boleh dipraktikkan untuk menghapuskan anjing-
anjing liar ini.


ii. Masalah hakisan di pesisisran Pantai Manis -Permasalahan ini telah
lama timbul.Pantai Manis yang dahulunya dikenali sebagai pantai yang
indah dan sering di kunjungi oleh orang ramai untuk aktiviti
riadah dan perkhemahan pelajar-pelajar sekolah tetapi kini
keadaannya berbeza.Kos untuk membuat blok penghadang hakisan ini di laporkan
melangkaui jutaan ringgit. Namun kesan pelaburan tersebut tidak
memadahi seperti "Melepaskan batuk di tangga". Selain
daripada itu, jalanraya di kawasan tersebut juga turut mengalami
kerosakan yang teruk. Memang permasalahan ini sudah lama
berlaku. Apabila MOU ditandatangani antara MDP dan Syarikat
Tenggara Capital untuk memajukan Pantai Manis sebagai kawasan
pelancongan ia merupakan satu lagi projek pembangunan untuk
penduduk di kawasan ini.Namun tidak kesampaian apabila Syarikat
tersebut gagal meneruskan projek tersebut ketika kegawatan ekonomi
melanda sekitar tahun 1997-1998. Masalah lain yang timbul ialah
Pantai Manis ini di jadikan tempat pembuangan sampah-sarap oleh
penduduk tempatan.

Diharapkan permasalahan ini mendapat perhatian daripada pihak-pihak
yang berkenaan.Harapan semua warga Papar agar wajah Pantai Manis ini akan berubah dan di transformasi menjadi lebih indah dan cantik.


Isu Bajet 2012


Bajet 2012 telah selesai dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat
pada Tidak dinafikan, rakyat Malaysia amat menantikan dan dahagakan isu yang
bakal dibentangkan di Dewan Rakyat tersebut bagi membicarakan tentang apa yang
telah dirancang oleh kerajaan Malaysia. Pelbagai cadangan dan maklumbalas
diterima dari pelbagai pihak berkenaan belanjawan yang telah dibentangkan itu.
Antara persoalan yang timbul ialah :

i. Kerjaya dalam Bajet 2012 – Penjawat Awam vs Penganggur. Penjawat awam
akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60
tahun.
ii. Bonus vs Kenaikkan Gaji.

Kesimpulannya apapun isu yang di timbulkan, di harapkan permasalahan ini dapat di selesaikan dengan seberapa segera bagi mengelakkan kemarahan rakyat di daerah Papar.

Friday 11 November 2011

selagi ada rindu...

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/E_YqD5G2VjE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

miatu/miani

 kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang.ketakutan tidak baik untuk masa depan.kekhuatiran tidak mewujudkan kejayaan.